JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DAN BUKIT KATIL, MELAKA
Bahagian Kemasukan telah mengambil bahagian di dalam Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018. Penyertaan di dalam program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial UPM iaitu Putra Bakti UPM. Program telah diadakan di Dewan Biduanda, UiTM, Rembau pada 4 April 2018 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Bukit Katil, Melaka pada 5 April 2018. Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka.
Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini adalah program anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) yang bertujuan untuk mencari dan menawarkan tempat kepada calon-calon pelajar dari kalangan Bumiputera berpendapatan rendah yang tercicir dari mendapat tempat di mana-mana Universiti Awam atau pun swasta. Sebanyak 20 borang permohonan secara laluan khas telah diedarkan semasa program.
Tarikh Input: 18/04/2018 | Kemaskini: 18/04/2018 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA