JOM MASUK IPT 2022 (FASA 1) | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » JOM MASUK IPT 2022 (FASA 1)

JOM MASUK IPT 2022 (FASA 1)

JOM MASUK IPT 2022 (FASA 1)

 

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah menyertai Karnival Jom Masuk IPT 2022 (Fasa 1)  anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara  bersemuka telah dilaksanakan dengan baik dan teratur, serta mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 

Karnival Jom Masuk IPT 2022 ini bertujuan memberi pendedahan kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya yang ingin mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh Insitusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Sebanyak 21 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 24 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut serta sepanjang program ini diadakan.

Program ini juga disertai oleh beberapa buah Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Agensi atau Kementerian seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Malaysia Qualifications Agency (MQA)

 

Jadual Program Jom Masuk IPT 2022 adalah seperti berikut :-

 

  • Zon 1 Utara : (5 & 6 Februari 2022)
    Pulau Pinang,
    Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang,
    Kampus Permatang Pauh
  • Zon 2 Utara : (12 & 13 Februari 2022)
    Perak
    Dewan Tuanku Canselori UPSI

Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim.

 

  • Zon 3 Sarawak : (19 & 20 Februari 2022)
    Kuching,
    Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
  • Zon 4 Tengah : (26 & 27 Februari 2022)
    Negeri Sembilan,
    Dewan Tuanku Canselor USIM,
    Kampus Nilai

 

Biarpun negara berdepan dengan ancaman pandemik covid-19 yang berbahaya namun program Karnival JOM MASUK IPT 2022 berjaya mendapat sambutan hangat dari para pengunjung yang terdiri daripada  pemohon, ibu bapa, penjaga, guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam yang memberi sokongan 100% dalam program kalini.

 

Pihak  Seksyen Promosi Akademik Bahagian Akademik dan Bahagian Urus Tadbir Akademik Universiti Putra Malaysia mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon-pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022.

 

Tarikh Input: 13/06/2022 | Kemaskini: 13/06/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdTAk~