KARNIVAL JOM MASUK IPT 2022 ZON SABAH MERIAH | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » KARNIVAL JOM MASUK IPT 2022 ZON SABAH MERIAH

KARNIVAL JOM MASUK IPT 2022 ZON SABAH MERIAH

KARNIVAL JOM MASUK IPT 2022 ZON SABAH MERIAH

OLEH NASRUDIN YAHYA

Fasa ke-2 Karnival Jom Masuk Masuk IPT 2022 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah bermula di Zon Sabah pada 4 dan 5 Jun 2022. Karnival yang berlansung di Sabah International Convention Center (SICC), Kota kinabalu, Sabah telah menarik lebih 5000 pengunjung.

Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran Awam khususnya bagi pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf di Sabah.

Berbagai aktiviti telah diadakan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaku tuan rumah bagi menarik ramai pengunjung memperolehi maklumat yang tepat berkaitan kemasukan ke IPT awam dan swasta. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof. ChM. Ts Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Cancelor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXETRAS~