KEMPEN MEMBACA READ@UNI | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » KEMPEN MEMBACA READ@UNI

KEMPEN MEMBACA READ@UNI

Serdang,18 Mei - Sempena galakan membaca dalam kempen Read@Uni, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah julung kalinya mengadakan program perkongsian bacaan buku pada 17 Mei 2019.  Dua orang staf, Lailawati Bakar dan Mohd Fauzi Tahir telah menyahut cabaran untuk berkongsi maklumat yang mereka baca daripada mana-mana buku dengan staf kedua-dua bahagian ini dalam lebih kurang 20 minit.  Program 30 minit ini diharap dapat menyemai minat membaca dalam kalangan staf.  Pada akhir sesi, kedua-dua pembentang diberi penghormatan untuk memilih dua orang staf yang akan membentangkan hasil bacaan mereka pada minggu berikutnya.   Jenis bahan bacaan bergantung pada minat staf.  Pada masa yang sama, kedua-dua bahagian juga telah menyediakan satu sudut bacaan dengan persekitaran yang selesa.  Sudut bacaan ini mengandungi pelbagai bahan bacaan yang disumbangkan oleh staf.

Tarikh Input: 24/05/2019 | Kemaskini: 24/05/2019 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXETGAQ~