MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK

Serdang, 6 Ogos 2021 (Jumaat), Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik di bawah anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial telah mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Bacaan yasin dan doa ini telah dipimpin oleh En Muhammad Ridzuan bin Rojihan yang mana telah menghimpunkan hampir semua staf BK dan BKAD yang hadir secara maya dengan mengunakan aplikasi Zoom.

Tujuan majlis ini diadakan bagi memohon dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga kerja serta ahli keluarga staf dengan diberi kesihatan fizikal dan mental serta kesembuhan buat pesakit COVID-19. Turut serta dalam majlis ini Ketua Pentabiran Akademik dan Antarbangsa Dato Haji Rosdi bin Wah dimana dalam ucapan beliau meminta kerjasama semua warga kerja untuk lebih berjaga-jaga dengan keaadaan semasa dimana munculnya varian baharu yang lebih bahaya dengan meningkatkan disiplin diri dalam mengamalkan dan mematuhi SOP (prosuder operasi standard) yang telah ditetapkan.

Sekalung ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja BK&BKAD yang telah hadir sekaligus menjayakan majlis bacaan yasin ini. Semoga dengan usaha yang kecil ini hajat dan doa yang diniatkan diterima oleh Allah SWT.

Tarikh Input: 17/08/2021 | Kemaskini: 17/08/2021 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDeAAB~