‘MEET AND GREET’ BERSAMA ‘UPM RECRUITMENT AGENT’ 2022 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » ‘MEET AND GREET’ BERSAMA ‘UPM RECRUITMENT AGENT’ 2022

‘MEET AND GREET’ BERSAMA ‘UPM RECRUITMENT AGENT’ 2022

 

Oleh Firdaus Azizi

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir UPM telah menganjurkan program ‘MEET AND GREET WITH UPM RECRUITMENT AGENT 2022’. Program ini telah berlangsung pada 25 Julai 2022 di Dewan Senat, UPM. Program ini telah disertai oleh 56 wakil ejen daripada seluruh negara secara hibrid. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail. Program ini juga dihadiri oleh Ketua Bahagian Kemasukan, Encik Nasruddin Yahya.

Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai program yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia untuk pengajian pra siswazah dan pascasiswazah. Selain itu, program ini untuk memperkenalkan Universiti Putra Malaysia lebih mendalam kepada ejen dengan berkongsi maklumat berkaitan fasiliti, pengurusan pas visa, penginapan dan syarat-syarat kemasukan ke Universiti Putra Malaysia. Program ini diakhiri dengan lawatan secara berkumpulan di seluruh kampus bagi melihat suasana bumi kehijauan Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXESMAZ~