PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 TELAH BERMULA | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 TELAH BERMULA

PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 TELAH BERMULA

 

Serdang: Persediaan bagi Peperiksaan Akhir bagi semester pertama sesi 2022/2023  diadakan pada Jam 9.30 pagi  bertarikh 26 Januari 2023 di Dewan Besar, UPM. 

Peperiksaan akhir di dewan besar disediakan bagi menampung penempatan pelajar seramai 600 pelajar di satu tempat bagi dan satu slot masa yang sama.  Ini kerana terdapat beberapa kursus Universiti yang melibatkan kumpulan yang banyak dan mempunyai pelajar lebih dari 100. 

Kerja-kerja menyusun kerusi meja ini dilaksanakan oleh Staf Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD) dan staf Dewan Besar serta beberapa wakil dari fakulti dan Pusat.  Oleh itu, kerusi dan meja perlu dikeluarkan dan disusun mengikut format peperiksaan.  Selain itu, poster dan nombor meja perlu ditampal untuk dijadikan rujukan kepada pelajar pada masa peperiksaan dijalankan. 

Penghargaan diucapkan kepada semua staf yang terlibat dalam operasi ini.  Tidak lupa juga pihak BAKD mengucapkan terima kasih kepada Wakil Sekolah Pengurusan Dan Ekonomi, Wakil Fakulti Ekologi Manusia dan Wakil Pusat Pemajuan Kompentesi Bahasa serta Staf Dewan Besar, UPM yang membantu menjayakan operasi ini. 

  Disediakan oleh: Iftiqar Bee Binti Abdul Gani

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 17/05/2023 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdJAn~