PAMERAN LATIHAN DAN KERJAYA 2022 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PAMERAN LATIHAN DAN KERJAYA 2022

PAMERAN LATIHAN DAN KERJAYA 2022

Oleh Firdaus Azizi

Lembah Klang - Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah menyertai program ‘MALAYSIA CAREER AND TRAINING FAIR 2022’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ‘MALAYSIA CAREER AND TRAINING FAIR 2022’ ini bertujuan memberi pendedahan kepada calon-calon lepasan ijazah dan setaraf dengannya yang ingin mendapatkan maklumat mengenai program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan oleh Insitusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak lebih 100 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyertai program ini. Program ini juga disertai oleh beberapa buah Agensi Kementerian yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Malaysia Qualifications Agency (MQA). Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Julai 2022 dan bertempat di Mid Valley Exhibition Center dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Program ini juga mendapat sambutan yang meriah daripada lebih 1000 orang pengunjung.

Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdCAs~