Pelaksanaan Audit EKSA | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » Pelaksanaan Audit EKSA

Pelaksanaan Audit EKSA

Pelaksanaan Audit EKSA

Serdang 9 September 2020, pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)  bagi tujuan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Sempena HKIP 2022 telah diadakan di  pejabat Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BK&BAKD)oleh juruaudit yang telah ditetapkan. Seramai dua (2) orang Juruaudit yang terlibat iaitu Puan Nurainakmal binti  Kamal Bahrin (Ketua Juruaudit) dan Dr. Nur Hana binti Faujan.

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah dijalankan pada jam 10.00 pagi deipengerusikan oleh Puan Norliya binti Yahya, penyelaras EKSA Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik. Selain itu beliau turut telah membentangkan perjalanan dan pencapaian EKSA.

Pengauditan bermula pada jam 10.15 pagi dan dijalankan di Zon Sapphire. Sepanjang pengauditan tersebut, tumpuan diberikan kepada aspek yang ditekankan di dalam kriteria EKSA antaranya adalah impak Go Green dan imej korporat selain amalan-amalan sedia ada dalam 5S sebelum ini iaitu aspek kebersihan pejabat, aspek keselamatan dan sebagainya. pengauditan mengambil masa selama kira-kira 2 jam.

Perbincangan penutup telah diadakan pada 12.00 tengahhari. Semasa perbincangan penutup, pihak Juruaudit telah memaklumkan secara keseluruhannya prestasi di BK & BAKD, UPM adalah baik cuma terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap beberapa perkara yang perlu dilakukan

 

 

Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 13/09/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXETDAh~