Oleh Firdaus Azizi
Serdang - Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir UPM telah dijemput ke program Kerjasama Mobiliti & Pertukaran Pelajar Pertanian Putra UPM - Can Tho University, Vietnam. Program ini telah berlangsung pada 25 Julai 2022 di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Program ini telah disertai oleh 36 pelajar dan 4 pensyarah daripada universiti tersebut. Program ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pertanian, Prof Madya Dr Nur Azura Adam. Program ini juga dihadiri oleh wakil Seksyen Promosi Akademik, Encik Muhammad Firdaus Azizi Abdul Aziz.dan staf pengurusan Fakulti Pertanian.
Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan Universiti Putra Malaysia lebih mendalam kepada pelawat dengan berkongsi maklumat berkaitan sejarah, fasiliti, penginapan dan tempat-tempat menarik di Universiti Putra Malaysia. Program ini diakhiri dengan lawatan secara berkumpulan di seluruh kampus bagi melihat suasana bumi kehijauan Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 10/08/2022 | firdausazizi
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA