Oleh: Norliya binti Yahya
Serdang 7 Dis, Program Senamrobik bertemakan Kain Batik & Pelikat yang diketuai oleh Pasukan Senamrobik Pusat Kesihatan Universiti telah di adakan bertempat di Foyer Canselori Putra. Program yang julung kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh warga Canselori Putra. Senamrobik bermula pada jam 4.00 petang ini telah dirasmikan oleh YH Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman.
Program ini adalah anjuran Bersama Pejabat Naib canselor, Pusat Pembangunan Akademik, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Pejabat Pendaftar, Pejabat Bursar, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus tadbir Akademik.
Tarikh Input: 08/12/2022 | Kemaskini: 08/12/2022 | firdausazizi
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA