Oleh Firdaus Azizi
Serdang - Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan ‘PROGRAM KEMBARA ILMU ANAK KUALA SELANGOR’ pada 8 Disember 2022 di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar. Program ini dimulakan dengan taklimat berkaitan program-program yang ditawarkan di UPM daripada Encik Mohd Firdaus Zakaria, Ketua Seksyen Promosi Akademik dan dirasmikan oleh Encik Nasruddin Yahya, Ketua Bahagian Kemasukan. Seterusnya, lawatan ini diteruskan dengan melawati tempat-tempat menarik di sekitar UPM bagi melihat keindahan bumi kehijauan UPM dan bangunan bersejarah di UPM serta ke Muzium Autonomi Haiwan dan Ladang 10 bersama Pegawai Eksekutif Seksyen Promosi Akademik, Encik Muhammad Firdaus Azizi Abdul Aziz dan Puan Baizura Arshad. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan membantu pelajar SPM SMK Bukit Kuching Tengah dan SMK Jeram untuk membuat persediaan sebelum melangkah ke IPT. Pelbagai ilmu, nasihat dan penerangan telah dikongsikan bersama ketika taklimat dan lawatan berlangsung.
Tarikh Input: 30/12/2022 | Kemaskini: 30/12/2022 | firdausazizi
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA