UPM POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » UPM POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021

UPM POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik dengan kerjasama Sekolah Pengajian Siswazah   Universiti Putra  Malaysia telah menganjurkan program UPM POSTGRADUATE  VIRTUAL OPEN DAY 2021 pada 19 Jun 2021 secara dalam talian. Seperti yang kita semua tahu, pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak aktiviti luar yang perlu kita tangguh, batal dan diubah sepenuhnya dan perlu menyesuaikan diri dengan norma baru.

Akan tetapi program UPM POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021 yang pertama kali dianjurkan oleh Seksyen Promosi Akademik berjaya mendapat sambutan hangat dari bakal pelajar, ibu bapa, serta orang awam.  Program ini melibatkan penyertaan dari 12 fakulti, 2 sekolah pengajian dan 3 institut. Hampir 500 pelawat dari dalam dan luar negara  hadir dalam program ini dan  sedikit sebanyak membantu bakal pelajar untuk lebih mendekati kampus dan mendapat lebih info tentang program yang ditawarkan .

UPM POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021  ini juga menyediakan 21 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pembentang  secara virtual. Setiap pusat yang tertanggungjawab (PTJ) diberikan 30 minit untuk membuat pembentangan dan diikuti dengan sesi live soal jawab bersama peserta.Selain itu , bagi pelajar yang mendaftar pada hari tersebut telah diberikan yuran pendaftaran percuma sebagai hadiah dan tanda terima kasih dari pihak Sekolah Pengajian Siswazah kerana berjaya mendaftar di Universiti Putra Malaysia.   

Pihak  Seksyen Promosi Akademik Bahagian Akademik dan Bahagian Urus Tadbir Akademik Universiti Putra Malaysia mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon yang telah berjaya mendaftar pada semester yang akan datang.

 

Tarikh Input: 03/09/2021 | Kemaskini: 03/09/2021 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEYTAn~