Bahagian Akademik diwujudkan pada tahun 1971 di bawah Pejabat Pendaftar selaras dengan penubuhan Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Berikutan dengan perubahan struktur organisasi baharu, bahagian ini kini distrukturkan semula di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diterajui oleh Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa dan kini dikenali dengan Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Terdapat enam (7) seksyen dalam Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik iaitu Seksyen Peperiksaan,Pengijazahan dan Konvokesyen,Seksyen Kemasukan Pelajar Tempatan,Seksyen pengambilan Antarabangsa, Seksyen Pentadbiran dan Senat, Seksyen Pendaftaran, Penjadualan dan Infrastruktur, Seksyen Kurikulum dan Sistem Akademik dan Seksyen Promosi Akademik.
Tanggungjawab utama bahagian ini adalah untuk memberi perkhidmatan sokongan berkaitan perkara akademik iaitu Pengurusan Senat, Pengurusan Kurikulum, Promosi Akademik, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Pendaftaran Kursus, Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan Akhir, Penyediaan Peperiksaan Akhir dan Keputusan Peperiksaan Akhir, Rekod Pelajar Elektronik, Pengijazahan, Pengurusan Majlis Konvokesyen dan Pentadbiran Am dan Kewangan.