PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA EXPLORATION (EMEX 2018) (JAKARTA DAN BOGOR - INDONESIA) | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
» NEWS » PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA EXPLORATION (EMEX 2018) (JAKARTA DAN BOGOR - INDONESIA)

PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA EXPLORATION (EMEX 2018) (JAKARTA DAN BOGOR - INDONESIA)

oleh Puan Norliya Yahya

 

PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA EXPLORATION (EMEX 2018)

 (JAKARTA DAN BOGOR - INDONESIA)

27 JULAI HINGGA 28 JULAI 2018

 

 

Program Promosi EMEX  2018 melibatkan penyertaan daripada empat (4) buah universiti Awam dan 11 buah universiti swasta. Universiti awam yang terlibat ialah UPM, UKM, UTM dan UMP. Manakala universiti swasta yang menyertai pameran ini ialah MAHSA, APU, Lim Kok Wing, City University, DRB-HICON University, SEGI University dan Perdana University. Pameran ini dianjurkan oleh NP Education (PT Nizwa Pratama) dari Jakarta dengan kerjasama Rozad Creative dari Malaysia. Pameran EMEX di adakan di dua buah bandar iaitu di Ballrom Puri Denpasar Hotel, Jakarta pada 27 Julai 2018 dan di Ballroom Amaris Hotel Bogor pada 28 Julai 2018. Program Promosi Education Malaysia Sulawesi Tour 2018 memberi fokus untuk mempromosikan program Asasi, Prasiswazah, Pasca Siswazah dan program mobiliti UPM kepada pelajar antarabangsa yang berpotensi.

 

Program ini bukan sekadar untuk mempromosikan pendidikan di Malaysia tetapi membuka peluang kerjasama di antara institusi pendidikan di Malaysia dan di Indonesia. Program EMEX ini juga memberi peluang kepada 100 orang pengunjung, pelajar dan mahasiswa untuk mengikuti IELTS Prediction Test secara percuma.

 

Selain daripada itu, pelajar-pelajar UPM dari Indonesia turut membantu mempromosikan UPM pada pameran ini.

Program yang dijalankan telah berjalan lancar dan berjaya menarik pengunjung datang dan 18 orang telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ke UPM dan lebih 70 calon berminat untuk menyambung pengajian di UPM bagi Semester 2019/2020 akan datang.

 

Date of Input: 08/08/2018 | Updated: 08/08/2018 | m_bazli

MEDIA SHARING

DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdAA7~