JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DAN BUKIT KATIL, MELAKA | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DAN BUKIT KATIL, MELAKA

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DAN BUKIT KATIL, MELAKA

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DAN BUKIT KATIL, MELAKA

Bahagian Kemasukan telah mengambil bahagian di dalam Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018. Penyertaan di dalam program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial UPM iaitu Putra Bakti UPM. Program telah diadakan di Dewan Biduanda, UiTM, Rembau pada 4 April 2018 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Bukit Katil, Melaka pada 5 April 2018. Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka.

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini adalah program anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) yang bertujuan untuk mencari dan menawarkan tempat kepada calon-calon pelajar dari kalangan Bumiputera berpendapatan rendah yang tercicir dari mendapat tempat di mana-mana Universiti Awam atau pun swasta. Sebanyak 20 borang permohonan secara laluan khas telah diedarkan semasa program.

 

Tarikh Input: 18/04/2018 | Kemaskini: 18/04/2018 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXETOAE~