JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021

JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik dengan kerjasama  beberapa fakulti di UPM telah menyertai Karnival Jom Masuk IPT Virtual 2021 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara  dalam talian bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas ketika negara sedang mendepani cabaran pendemik COVID-19.

Untuk pengetahuan umum,Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) berperanan menyelaras permohonan, pemprosesan, pemilihan dan rayuan kemasukan pelajar bagi program pengajian peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline.

Jom Masuk IPT  Virtual 2021 kali ini  melibatkan penyertaan semua Universiti Awam,Politeknik,Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan  Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu Fasa Pertama pada 15 - 21 Jun 2021 khusus untuk pemohon lepasan SPM dan Fasa Kedua 8 - 12 Ogos 2021 kepada pemohon lepasan STPM/setaraf.

Jom Masuk IPT  Virtual 2021  ini juga menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. Kementerian turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian Hotline, Sistem Maklum Balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

Biarpun negara berdepan dengan ancaman pandemik covid-19 yang berbahaya namun program JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021 berjaya mendapat sambutan hangat dari para pengunjung yang terdiri daripada  pemohon, ibu bapa, penjaga, guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam yang memberi sokongan 100% dalam program kalini.

Pihak  Seksyen Promosi Akademik Bahagian Akademik dan Bahagian Urus Tadbir Akademik Universiti Putra Malaysia mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon-pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022.

Tarikh Input: 19/08/2021 | Kemaskini: 19/08/2021 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEaAAx~