KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI 2020 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI 2020

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI 2020

Sepanjang bulan Januari hingga Februari 2020, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah menyertai 5 Program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi iaitu di Kolej Matrikulasi, Johor (8 – 9 Januari), Kolej Matrikulasi Melaka (10 Januari), Kolej Matikulasi Labuan (17 – 18 Januari), Kolej Matrikulasi Pahang (1 -2 Februari) dan Kolej Matrikulasi Kelantan (6 – 7 Februari). Beberapa fakulti seperti Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan turut bersama bagi mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh fakulti masing-masing.

 

Program turun padang anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan mendekatkan lagi warga IPTA dan IPTS dengan pelajar-pelajar kolej matrikulasi yang sedang belajar di kolej berkenaan .Disamping itu, program ini dapat memberi maklumat yang tepat kepada pengunjung tentang program dan syarat kemasukannya. Karnival ini turut dihadiri oleh kaunselor sekolah-sekolah, pelajar-pelajar SPM dan STPM dari sekolah-sekolah berhampiran.

Tarikh Input: 16/04/2020 | Kemaskini: 20/04/2020 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdTAy~