KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2020 | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2020

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2020

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dengan kerjasama Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, dan beberapa fakulti di UPM telah menyertai Karnival Jom Masuk IPT 2020. UPM telah menyertai 4 daripada 8  zon karnival iaitu Zon 1 di Persada Johor International Convention Centre, Johor (15 – 16 Februari 2020), Zon 2 di Kompleks Sukan Universiti, Kampus UMP Gambang, Pahang (22 – 23 Februari 2020), Zon 3 di Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah (29 Februari – 1 Mac 2020) dan Zon 4  di Sabah International Convention Centre, Sabah (7 – 8 Mac 2020). Baki 4 zon lagi terpaksa dibatalkan penganjurannya oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kerana penularan penyakit Covid 19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

 

Karnival anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT),   Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan medan terbaik khususnya kepada pelajar, guru, ibu bapa dan  lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma  untuk mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Pengajian Tinggi swasta dalam negara melalui sesi konsultasi bersama BKPA JPT serta pempamer yang mengambil bahagian. Karnival ini juga turut disertai oleh beberapa agensi pembiaya yang menawarkan biasiswa dan pinjaman. Karnival ini boleh diibaratkan sebagai pusat sehenti (one stop centre) maklumat kepada kumpulan sasaran bagi permohonan ke IPT. Secara keseluruhannya dianggarkan lebih 200 ribu pengunjung hadir ke program ini.

Tarikh Input: 16/04/2020 | Kemaskini: 20/04/2020 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1601514274