Oleh Suhana Md Chairi
Proses pengambilan pelajar lepasan SPM/Setaraf bagi program Asasi Sains Pertanian dan Diploma telah selesai dilaksanakan di mana mesyuarat pengambilan bersama (MPB) UPU bersama UA telah diadakan pada 9 hingga 12 Mei 2017 manakala Mesyuarat Pemilihan Bersama (MPB Rayuan) telah diadakan pada 8 hingga 11 Jun 2017.
Pendaftaran pelajar baharu Asasi Sains Pertanian telah diadakan pada 1 Jun 2017 manakala pendaftaran rayuan diadakan pada 13 dan 19 Jun 2017. Pendaftaran program Diploma telah diadakan pada 5 Jun 2017, manakala pendaftaran rayuan pada 3 Julai 2017. Secara keseluruhan, seramai 1453 pelajar peringkat Asasi dan Diploma telah mendaftarkan diri bagi sesi kemasukan 2017/2018.
Tarikh Input: 06/07/2017 | Kemaskini: 14/07/2017 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA