PENYERTAAN DALAM EDEX MID YEAR EXPO 2017-COLOMBO | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PENYERTAAN DALAM EDEX MID YEAR EXPO 2017-COLOMBO

PENYERTAAN DALAM EDEX MID YEAR EXPO 2017-COLOMBO

 

Program merupakan program promosi yang melibatkan IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam mempromosikan program pengajian yang ditawarkan kepada calon-calon pelajar di Colombo, Sri Lanka. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh EDEX dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi Sri Lanka. EDEX MID YEAR EXPO 2017, Colombo Sri Lanka merupakan penyertaan kali pertama UPM di bawah penyeliaan EMGS. Program ini telah diadakan pada 2-3 September 2017 di Sri Lanka Exhibition & Convention Centre (SLECC), Colombo, Sri Lanka.

 

 

Seramai lebih 1000 pengunjung yang mengunjungi booth pameran UPM sepanjang 2 hari pameran. Kebanyakan pengunjung adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sekolah Tinggi (High School dan A level) dan yang sedang mengikuti pengajian di Universiti sekitar Colombo dan bandar yang berhampiran. 

 

Hasil dari penyertaan pameran, Kementerian Pendidikan Tinggi (amnya) serta UPM (khususnya) telah berjaya mempromosikan peluang pendidikan di Malaysia kepada pelajar-pelajar di Colombo, Sri Lanka dan bandar berhampiran. Di samping itu perwakilan dari UPM juga telah berkesempatan berjumpa dan berbincang dengan Dr. S D G Jayawardena iaitu penasihat kepada Menteri Pertanian Sri Lanka. Hasil perbincangan tersebut kerajaan Sri Lanka bercadang untuk menghantar 10 orang pelajar untuk mengikuti program Pasca Siswazah dalam bidang Pertanian mulai tahun 2017.

Tarikh Input: 16/10/2017 | Kemaskini: 16/10/2017 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdAAv~