Program Ayo Kuliah Di Malaysia 2019– Java Tour | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » Program Ayo Kuliah di Malaysia 2019– Java Tour

Program Ayo Kuliah di Malaysia 2019– Java Tour

Bahagian Kemasukan telah mengambil bahagian dalam program Ayo Kuliah di Malaysia 2019 – Java Tour. Program ini telah diadakan selama 10 hari bermula dari 19 April 2019 sehingga 29 April 2019 melibatkan 5 buah bandar di Indonesia iaitu Denpasar, Surabaya, Cirebon, Jakarta dan Bandung. Program yang diadakan adalah anjuran Education Malaysia Indonesia yang bertujuan memperkenalkan program pengajian yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta di Malaysia dan seterusnya membuat penawaran kepada calon yang layak dan berminat untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Selain UPM, sebanyak 22 universiti awam dan swasta Malaysia telah mengambil bahagian dalam program ini. Program yang diadakan ini melibatkan penyediaan gerai pameran universiti bagi tujuan sesi konsultasi. Sesi lawatan ke sekolah dan universiti sekitar turut dibuat. Selain itu, acara makan malam bersama guru kaunseling di setiap bandar yang dikunjungi juga diadakan bagi mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan universiti di Malaysia. Lebih daripada 1,000 pengunjung telah hadir ke gerai pameran UPM sepanjang tempoh 10 hari program tersebut. Hampir 200 calon telah menunjukkan minat untuk menyambung pelajaran di UPM pada peringkat Bacelor, Master dan PhD. Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (IPTS), Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah merasmikan program ini.

 

Tarikh Input: 28/05/2019 | Kemaskini: 13/06/2019 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEYXAS~