PROGRAM GOTONG ROYONG DI KOMPLEKS DEWAN KULIAH | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PROGRAM GOTONG ROYONG DI KOMPLEKS DEWAN KULIAH

PROGRAM GOTONG ROYONG DI KOMPLEKS DEWAN KULIAH

SERDANG, Jumaat, 7 Februari. – Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah mengadakan siri Gotong Royong di 2 Zon Dewan Kuliah bermula pada 17 Januari 2020 di Kompleks Akademik A (KAA). Aktiviti ini diteruskan dengan diikuti di Dewan Kuliah Zon A pada 31 Januari 2020. Walau bagaimanapun, aktiviti gotong royong ini tidak dapat diteruskan di Dewan Kuliah Zon B (kabin) disebabkan oleh kekangan staf yang terpaksa memberi tumpuan kepada pendaftaran pelajar baharu antarabangsa dan masalah Covid19 yang mula menampakkan gejala penularan ketika itu.

 

Seperti kebiasaannya Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik akan mengadakan aktiviti gotong royong seperti ini setiap kali cuti semester bagi program Bacelor selewat-lewatnya empat minggu sebelum semester berikutnya dibuka. Dalam masa yang sama, aktiviti gotong royong yang dijalankan di KAA adalah juga sebagai persediaan bagi menerima pendaftaran pelajar antarabangsa (prasiswazah dan pasca siswazah) yang akan mendaftar sebagai pelajar baharu mulai pada 28 Januari 2020 sehingga 7 Februari 2020.

 

Aktiviti gotong royong yang dilaksanakan hampir setiap tahun dan melalui aktiviti-aktiviti seperti ini telah dapat memberi manfaat kepada staf dan memanfaatkan aset yang ada. Ianya merupakan salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan dewan kuliah melalui aktiviti bergotong-royong untuk membersih kawasan dewan kuliah dan sekitarnya. Hikmah daripada diadakan aktiviti ini adalah sebagai usaha untuk memupuk sifat 'kekitaan' dalam menjaga kebersihan dan keselesaan di dewan kuliah disamping merapatkan ukhuwah. Ianya juga boleh menjimatkan perbelanjaan sekali gus meningkatkan lagi produktiviti.

 

Hadir bersama menyertai aktiviti ini adalah hampir semua staf dan pegawai yang bertugas di Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik. Kerja-kerja pembersihan meliputi pembersihan ruang legar kompleks dan koridor, pemotongan rumput dan pokok pagar, pembuangan sampah, pembersihan longkang dan padang dan kawasan sekitarnya.

 

Melalui aktiviti seperti ini, diharap dapat merapatkan lagi tali silaturahim di antara warga Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik dan seterusnya mengekalkan kecemerlangan. Seperti mana penekanan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM yang akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan warga UPM betul-betul memahami falsafah ihsan dan menghayatinya dalam kehidupan dan tugas harian.

 

Tarikh Input: 28/04/2020 | Kemaskini: 28/04/2020 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEUUA0~