Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian Untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022

Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022

Sehubungan dengan kemasukan pelajar prasiswazah baharu sesi 2021/2022, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program  Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan kepada pelajar prasiswazah baharu secara atas talian seperti  butiran berikut :

 

Tarikh           : 18hb Oktober – 5hb November 2021(Isnin – Jumaat)

Masa              : Seperti dalam jadual yang di bawah 

 

                 

 

                                atau

 

https://online.fliphtml5.com/wneb/ufnu/#p=1

 

Tempat : Zoom

Modul   : 1. Katalog Perpustakaan (WebOPAC)

  1. Pangkalan Data Langganan

 

 

Objektif kelas diadakan :

 

  • Mendidik pengguna memahami strategi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Mengajar kaedah mengakses akaun pengguna, menempah dan memperbaharui pinjaman atas talian.
  • Memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan.

 

 

Bersama-sama ini dilampirkan poster sebagai rujukan.

 

Terima kasih

Tarikh Input: 13/10/2021 | Kemaskini: 13/10/2021 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEUTAl~