oleh Puan Norliya Yahya
Program Promosi AIMS 2018 di dua buah bandar besar di Bangladesh iaitu Dhaka dan Chittagong yang dianjurkan oleh agent perekrutan pelajar antarabangsa iaitu AIMS Education Sdn. Bhd. Program ini telah di adakan pada 30 hingga 31 mac 2018 di Dhaka dan 2 hingga 4 April di Chittagong, Bangladesh. Program Promosi AIMS 2018 memberi fokus untuk mempromosikan program Asasi, Prasiswazah, Pasca Siswazah dan program mobiliti UPM kepada pelajar antarabangsa yang berpotensi.
Program ini melibatkan penyertaan enam (6) buah universiti lain iaitu UTM, UIA, UTeM, MMU dan UniSel.
Sebanyak 25 orang pelajar berpotensi yang telah memberikan nama untuk mendaftar program prasiswazah di UPM. Daripada jumlah tersebut seramai 7 orang telah menghantar permohonan dan ditawarkan ke UPM bagi kemasukan 2018/2019-1.
Tarikh Input: 08/08/2018 | Kemaskini: 08/08/2018 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA