PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA SULAWESI TIMUR | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA SULAWESI TIMUR

PROGRAM PROMOSI EDUCATION MALAYSIA SULAWESI TIMUR

oleh Puan Norliya Yahya

 

Program Promosi Education Malaysia Sulawesi Tour 2018 melibatkan jelajah promosi pendidikan ke empat (4) buah bandar di Sulawesi iaitu Manado, Makassar, Palu dan Ambon. Program ini merupakan program promosi solo anjuran Education Malaysia Global Services (EMGS). Ini merupakan kali pertama bagi EMGS menganjurkan program promosi jelajah Sulawesi, Indonesia. Promosi ini melibatkan penyertaan daripada dua (2) buah universiti Awam dan 10 buah universiti swasta. Universiti awam yang terlibat ialah UPM dan UUM. Manakala universiti swasta yang menyertai pameran ini ialah MMU, UNIRAZAK, MANIPAL, BERJAYA, APU TYLORS, EDU CITY, UCSI, HELP dan Kolej Uniti. Program Promosi Education Malaysia Sulawesi Tour 2018 memberi fokus untuk mempromosikan program Asasi, Prasiswazah, Pasca Siswazah dan program mobiliti UPM kepada pelajar antarabangsa yang berpotensi.

 

Tarikh Input: 08/08/2018 | Kemaskini: 08/08/2018 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1568934965