Oleh Puan Suhana Md Chairi
Bahagian Kemasukan telah menjalankan program promosi luar negara bersama agen pengrekrutan pelajar antarabangsa Newline-co. Program telah diadakan pada 26 April 2018 di Muscat Oman dan pada 28 dan 29 April di Dubai, UAE. Tujuan program promosi ini diadakan adalah bagi tujuan memperkenalkan program pengajian peringkat pra siswazah dan pasca siswazah UPM kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar di Oman dan UAE. Program yang telah dijalankan merangkumi aktiviti seminar dan sesi konsultasi kepada ibu bapa dan pelajar yang berminat
Program yang dijalankan telah berjalan lancar dan berjaya menarik pengunjung hadir ke lokasi seminar dan hampir 20 orang pelajar telah berminat untuk mengikuti pengajian di UPM pada peringkat pra siswazah dan pasca siswazah.
Tarikh Input: 03/08/2018 | Kemaskini: 03/08/2018 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA