Promosi Luar Negara Bersama Education Malaysia Global Services (EMGS) | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » Promosi luar negara bersama Education Malaysia Global Services (EMGS)

Promosi luar negara bersama Education Malaysia Global Services (EMGS)

oleh Tuan Haji Idris Johari

Promosi luar negara bersama Education Malaysia Global Services (EMGS)

Bahagian Kemasukan telah menjalankan program promosi luar negara bersama Education Malaysia Global Services (EMGS) di bawah program Education Malaysia Northeast China. Program telah diadakan pada 15 Mac 2018 (Khamis) di Hotel Kempinski, Shenyang dimana pameran maklumat am UPM, program pengajian akademik serta sesi soal jawab dan konsultasi bersama pelajar-pelajar yang berpotensi telah dijalankan. Anggaran kehadiran adalah seramai 50 pelajar dan guru. Pada hari yang sama juga mesyuarat bersama Ketua Jabatan Bahasa Asing (Institute of International Education) mengenai hubungan kerjasama Liaoning University dengan semua wakil delegasi. Taklimat adalah mengenai program mobiliti yang boleh dimanfaatkan oleh kedua pihak. Pada 16 Mac 2018 (Jumaat) diadakan seminar di Hotel Dalian JinGang, Dalian dimana telah diadakan pameran maklumat am UPM dan program pengajian akademik serta sesi soal jawab dan konsultasi bersama pelajar-pelajar yang berpotensi diadakan. Pada sebelah petangnya diadakan lawatan ke Dalian BLCU Subordinate High School (Senior High School of Dalian Economic and Technological Development). Mesyuarat bersama pengetua sekolah tentang peluang kerjasama bagi program mobiliti dan laluan ke program Ijazah Bacelor dan lawatan di sekitar sekolah telah diadakan.

 

Program promosi EMGS Northeast memberi fokus untuk mempromosikan program Foundation, UG dan PG UPM kepada pelajar antarabangsa yang berpotensi. Secara keseluruhannya, program promosi UPM bersama EMGS di Northeast China ini mencapai matlamat yang ditetapkan terutamanya dalam mempromosikan nama dan program pengajian akademik UPM selain meningkatkan tahap keterlihatan UPM di peringkat global. Seramai 8 (5 UG dan 3 PG) pelajar telah menunjukkan minat untuk mengetahui lebih mendalam tentang UPM dan program yang ditawarkan.

Tarikh Input: 03/08/2018 | Kemaskini: 03/08/2018 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEUIAg~