UPM MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR STPM SMK BACHOK, KELANTAN | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » UPM MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR STPM SMK BACHOK, KELANTAN

UPM MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR STPM SMK BACHOK, KELANTAN

UPM MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR STPM SMK BACHOK, KELANTAN

Oleh Firdaus Azizi

Serdang - Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik, Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Bachok Kelantan pada 21 September 2022. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat berkaitan program-program yang ditawarkan di UPM daripada Tuan Haji Nasruddin Yahya, Ketua Bahagian Kemasukan dan seterusnya lawatan ini diteruskan dengan melawati tempat-tempat menarik di sekitar UPM bagi melihat keindahan bumi kehijauan UPM dan bangunan bersejarah di UPM bersama Pegawai Eksekutif Seksyen Promosi Akademik, Muhammad Firdaus Azizi Abdul Aziz.

 

Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan membantu pelajar STPM SMK Bachok Kelantan membuat persediaan sebelum melangkah ke IPT. Lawatan ini juga disantuni oleh Prof. Madya Dr. Soaib Asmiran, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Timbalan-Timbalan Dekan, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan dan pegawai-pegawai Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Pelbagai ilmu, nasihat dan penerangan telah dikongsikan bersama ketika lawatan berlangsung.

Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDcUAd~