PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR SASTERA PENGAJIAN BAHASA CINA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2026/ 2027 | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE akademik
» LOCAL ADMISSION » SALURAN-SALURAN LAIN » PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR SASTERA PENGAJIAN BAHASA CINA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2026/ 2027

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR SASTERA PENGAJIAN BAHASA CINA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2026/ 2027

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan ke Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian dibuka bermula 6 sehingga 25 OGOS 2026.

 

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan ke Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian:-

 

Syarat Am

Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

  1. Gred C (Kepujian) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu; dan
  2. Gred E (Lulus) mata pelajaran Sejarah.

 

Syarat Khas

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred A2 dalam enam (6) subjek di peringkat Senior Middle Three termasuk mata pelajaran Bahasa Cina;
  2. Mendapat sekurang-kurangnya BAND 4.5 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 mengikut tempoh sah lakunya ialah 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan; dan
  3. Lulus sesi ujian dan/ atau temu duga yang ditetapkan.

 

SYARAT BERGRADUAT

WAJIB untuk mengambil dan LULUS dua (2) subjek berikut sebagai prasyarat wajib untuk bergraduat;

  1. BLM3416 – Bahasa Melayu Tinggi; dan
  2. FBMK 2100 - Pentadbiran dan Pembangunan Negara

 

Walau bagaimanapun, subjek Pentadbiran dan Pembangunan Negara TIDAK termasuk dalam pengiraan kredit bergraduat dan TIDAK boleh menggantikan dan digantikan mana-mana kredit kursus universiti, kursus wajib dan kursus elektif program.

 

Bagi pelajar yang mendapat gred C bagi subjek BLM3401 Bahasa Melayu Tinggi ATAU mendapat gred A- dan ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM, pelajar perlu mengambil dan lulus Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu (UKOM) sebagai syarat bergraduat.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan boleh dibuat melalui butang “APPLY NOW” di laman https://study.upm.edu.my/ atau klik butang permohonan di bawah.

 

PERHATIAN

Pelajar yang telah menerima tawaran dan mendaftar masuk ke program ini TIDAK DIBENARKAN untuk memohon sebarang pertukaran ke program pengajian lain sepanjang tempoh pengajian.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan kemasukan, sila hubungi :-

 

Seksyen Kemasukan Tempatan

Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

No. Tel : +603 9769 3251/ 6053/ 6056/ 6059

Laman web : https://akademik.upm.edu.my

 

 

 

Updated:: 06/08/2026 [ahmaddaniel]

MEDIA SHARING

DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
X, (05:17:06am-05:22:06am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]