BENGKEL PENYEDIAAN DRAF AKHIR PINDAAN PERKARA AKADEMIK PRASISWAZAH 2014
SEPANG, 23 Ogos 2026 – Pejabat Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Draf Akhir Pindaan Perkara Akademik Prasiswazah 2014 pada 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Bengkel selama tiga hari ini diadakan bagi meneliti, menyemak dan memurnikan kandungan serta peraturan berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi skop prasiswazah yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah).
Penganjuran bengkel ini bertujuan memastikan kandungan dan peraturan akademik prasiswazah sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan serta keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Proses pemurnian yang dilaksanakan turut memberi perhatian kepada aspek kejelasan, kesesuaian dan keberkesanan setiap peruntukan bagi menyokong pelaksanaan pengurusan akademik yang lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, bengkel ini memberi tumpuan khusus kepada pemuktamadan draf akhir Pindaan Perkara Akademik Prasiswazah 2014 supaya proses penyediaannya dapat diselesaikan secara teratur dan berkesan sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Mesyuarat Senat dan seterusnya Lembaga Pengarah Universiti.
Melalui pelaksanaan bengkel ini, UPM terus memperkukuh tadbir urus akademik prasiswazah dengan memastikan peraturan yang diguna pakai kekal relevan, responsif dan selari dengan keperluan semasa pendidikan tinggi serta aspirasi universiti dalam menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | m_bazli

1st FLOOR
CANSELORI PUTRA BUILDING
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA