Taklimat Penasihatan Akademik: Pra-Siswazah | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
» NEWS » Taklimat Penasihatan Akademik: Pra-Siswazah

Taklimat Penasihatan Akademik: Pra-Siswazah

Serdang, 20 Ogos 2021 (Jumaat), Ketua Bahagian Urus Tadbir Akademik telah mewakili YBhg. Dato’ Hj Rosdi bin Wah, Ketua Pentadbiran (Akademik dan Antarabangsa) menyampaikan taklimat bertajuk Penasihatan Akademik: Pra-Siswazah kepada 36 orang pegawai akademik lantikan baharu UPM yang merupakan peserta kepada Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri Kedua.

Taklimat ini telah disampaikan pada salah satu slot Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri Kedua di bawah Program Transformasi Minda anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe) yang telah berlangsung secara atas talian mulai 9 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.

Kursus Asas Pengajaran (KAP) merupakan latihan intensif yang memperkenalkan pensyarah baru UPM kepada aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan pelajar secara berkesan bagi mempersiapkan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan hasil berasaskan pembangunan dan reka bentuk kurikulum, prinsip dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, teknik penyampaian dan penilaian yang berkesan, dan juga portfolio pengajaran. Para peserta turut diperkenalkan kepada teori dan aspek praktikal penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai daripada penjanaan data sehingga ke penerbitan.

 

 

 

Date of Input: 03/09/2021 | Updated: 03/09/2021 | m_bazli

MEDIA SHARING

DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXDdDA7~