Beras Merupakan Makanan Utama Rakyat Malaysia | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» ARTIKEL » Beras merupakan makanan utama rakyat Malaysia

Beras merupakan makanan utama rakyat Malaysia

Beras merupakan makanan utama rakyat Malaysia dengan kadar
purata penggunaan per kapital sebanyak 82 kg. Di Malaysia,
pengeluaran beras terus meningkat dengan kadar peningkatan
sebanyak 8.7% pada tahun 2007. Walaupun kos pengeluaran beras
tinggi berbanding dengan kos pengeluaran bijirin lain seperti
jagung dan gandum, aplikasi beras dalam menambah nilai produk
boleh memberi industri kegunaan atau avenue baru dan seterusnya
meningkatkan pengeluaran beras. Beberapa ciri fungsi unik pada
beras adalah keupayaan membawa rasa, hipoalergik atau tidak
memberi alahan dan tiada bau yang menjadikannya bijirin sesuai
untuk digunakan dalam penambahan nilai produk.


Produk beras boleh dihasilkan daripada padi, beras perang,
beras kisar, nasi, tepung dan juga kanji. Padi lazimnya digunakan
untuk dijadikan bertih dan bijirin sarapan. Selain itu, padi juga
digunakan untuk penyediaan beras rebus yang mana proses
penyediaannya melibatkan perendaman padi di dalam air panas,
proses merebus, pengeringan dan pengilangan padi. Beras kisar
digunakan dalam penyediaan nasi dan bubur serta terdapat
juga produk seperti cuka, miso dan arak menggunakan nasi
sebagai bahan asas dalam proses penapaian produk-produk ini.
Beras hancur pula boleh dikisar secara kaedah basah atau kering
untuk menghasilkan tepung dan kemudian digunakan dalam
pemprosesan hasilan bakeri, kuih-muih, makanan bayi, hasilan
pasta dan sebagainya. Dedak beras juga boleh digunakan dalam
pelbagai pembangunan produk untuk tujuan makanan berfungsi.
Di Jepun, pembangunan produk daripada beras adalah tinggi
iaitu sebanyak 9.5% daripada pengambilan beras.

Di Thailand pula, sebanyak 2% beras digunakan dalam pembangunan produk
beras berbanding hanya 1% di Malaysia. Di negara seperti Jepun
dan Korea, peratus pengambilan nasi telah berkurangan, tetapi
pengambilan produk berasaskan beras meningkat dengan adanya
pembanguan produk baru seperti produk konvenien. Melalui
aktiviti penyelidikan dan pembangunan, MARDI telah membuat
beberapa kajian dalam pembangunan produk berasaskan beras.
Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah meningkatkan kualiti
pemakanan dan tempoh penyimpanan kuih tradisional. Artikel ini
membincangkan ciri-ciri beras dalam pembangunan produk dan
pembangunan kuih tradisional pilihan dan cookies beras daripada
beras varieti MR 220.

Tarikh Input: 20/09/2023 | Kemaskini: 20/09/2023 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEdBAW~