UPM MENGADAKAN PERBINCANGAN KERJASAMA TRILATERAL BERSAMA KYUTECH DAN UNIVERSITY OF LORRAINE | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» ARTIKEL » UPM MENGADAKAN PERBINCANGAN KERJASAMA TRILATERAL BERSAMA KYUTECH DAN UNIVERSITY OF LORRAINE

UPM MENGADAKAN PERBINCANGAN KERJASAMA TRILATERAL BERSAMA KYUTECH DAN UNIVERSITY OF LORRAINE

UPM MENGADAKAN PERBINCANGAN KERJASAMA TRILATERAL BERSAMA KYUTECH DAN UNIVERSITY OF LORRAINE

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu perbincangan trilateral yang melibatkan kerjasama UPM dengan Kyushu Institute of Technology (Kyutech) dan University of Lorraine, Perancis. Perjumpaan yang berlangsung pada 20 Oktober 2023 bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam program akademik, penyelidikan, mobiliti, dan pertukaran staf di antara tiga institusi terkemuka.

Idea kerjasama trilateral ini tercetus semasa perbincangan antara Kyutech dan University of Lorraine pada bulan Julai 2023 di Perancis. Ia bertujuan untuk memperluaskan perkongsian Jepun-Perancis dengan melibatkan UPM sebagai rakan kongsi penting. University of Lorraine berhasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Kyutech dan mahu meneroka kerjasama trilateral dengan UPM. Tujuan perbincangan ini adalah untuk meneroka inisiatif kolaborasi yang berpotensi di antara 3 universiti-universiti terbabit.

Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Naib Canselor Timbalan (Akademik dan Antarabangsa), telah mempengerusikan sesi perbincangan yang diadakan. Puan Nathalie Fick, Ketua Pejabat Hubungan Antarabangsa Universiti Lorraine, telah hadir pada sesi perbincangan bersama wakil daripada Kyutech iaitu Associate Prof. Dr. Yoshito Ando dan Encik Toshiro Wakabayashi. UPM pula diwakili oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ariffin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), serta wakil daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan entiti di bawah Pejabat TNC (Akademik dan Antarabangsa). Fokus kerjasama ini adalah merangkumi program akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar, dan mobiliti staf. Kerjasama trilateral ini dijangkakan membuka peluang kerjasama akademik yang signifikan dan memperkukuhkan perkongsian antara 3 institusi, perkongsian amalan terbaik, serta memperluaskan pengalaman pembelajaran dan pengukuhan budaya antara pelajar dan staf dari tiga negara yang terlibat.

Tarikh Input: 01/11/2023 | Kemaskini: 01/11/2023 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEcDAX~