MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI IDRIS JOHARI | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI IDRIS JOHARI

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI IDRIS JOHARI

Oleh:  Firdaus Azizi

 

Serdang, 19 Disember 2022 - Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah menganjurkan Majlis Persaraan bagi meraikan persaraan Tuan Haji Idris Johari, Ketua Seksyen Penjadualan, Pendaftaran & Infrastruktur. Beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun di Universiti Putra Malaysia kini telah bersara wajib. Sepanjang perkhidmatan beliau telah berkhidmat di beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu Pejabat Pendaftar, Fakulti Veterinar dan Bahagian Akademik atau kini dikenali sebagai Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik. Sumbangan beliau dalam perkhidmatan di Universiti Putra Malaysia adalah amat dihargai. Oleh itu, program ini dijalankan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang 38 tahun berkhidmat di UPM. Program ini juga dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik. Program ini bertempat di ruang legar Pejabat Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Rosdi Wah, Ketua Pentadbiran Akademik & Antarabangsa.

 

 

Tarikh Input: 20/12/2022 | Kemaskini: 20/12/2022 | firdausazizi

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEaQAX~