Office Of The Deputy Vice Chancellor (Academic And International) | DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
» ABOUT US » Office of the Deputy Vice Chancellor (Academic and International)

Office of the Deputy Vice Chancellor (Academic and International)

PORTFOLIO

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggung jawab menerajui pentadbiran dan pengurusan universiti khusunya bagi portfolio akademik dan antarabangsa. Bagi skop akademik, beliau mempunyai peranan dalam meningkatkan pembangunan polisi akademik, menambah-baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan jaminan kualiti program akademik agar sentiasa unggul dan berdaya saing. Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa serta urusan pengantarabangsaan universiti. 


Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) juga berperanan menyokong Naib Canselor dalam menggerakkan kepimpinan universiti ke arah mencapai matlamat strategik universiti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengantarabangsaan. Ini termasuklah pengayaan pengalaman pelajar dalam menimba ilmu, pelaksanaan pembangunan profesional yang berterusan bagi pegawai akademik universiti. Peranan utama yang diberikan penekanan adalah pembangunan rangka kerja dan polisi yang menyokong matlamat strategik universiti serta memberi panduan dan sokongan kepada fakulti dan PTJ lain dalam mencapai matlamat berkenaan.     

Secara ringkasnya, Portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merangkumi beberapa bidang utama:      

i. Menyelia dan memperkukuh penawaran serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempromosikan program akademik bagi semua peringkat pengajian:

  • Fakulti
  • Sekolah Pengajian Siswazah
  • Pusat Asasi Sains Pertanian

 

ii. Meningkat Fungsi Sokongan pengurusan dan pentadbiran urusan berkaitan Akademik dan Antarabangsa :  

  • Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
  • Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
  • Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC)
  • Putra International Centre (i-PUTRA

 

Tanggungjawab utama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) termasuklah: 

  • Pengurusan operasi harian aktiviti pendidikan termasuk integrasi perancangan fakulti dengan perancangan universiti secara keseluruhan.
  • Perancangan pendidikan dan polisi, termasuk jaminan kualiti pendidikan siswazah dan pasca-siswazah, biasiswa, dan pengurusan dan pembangunan polisi kemasukan.
  • Pengurusan kemasukan ke universiti. Mempromosi proses-proses jaminan kualiti dan memenuhi keperluan ISO.
  • Memantapkan komunikasi dalaman dan sebaran maklumat berkenaan dengan isu pengurusan pendidikan dan polisi.
  • Mengenalpasti isu akademik untuk dipertimbangkan oleh pengurusan universiti secara berterusan
  • Pengurusan proses kajian semula kurikulum.
  • Pengurusan promosi akademik.
  • Pengurusan hal ehwal antarabangsa.
  • Menyediakan penyerahan polisi kepada pihak Kerajaan dan yang berkaitan.
  • Mempengerusikan pelbagai jawatankuasa pada peringkat universiti khususnya berkaitan hal ehwal pengajian prasiswazah, siswazah, biasiswa serta cuti belajar pegawai, pengambilan dan kenaikan pangkat pegawai akademik, konvokesyen, mobiliti antarabangsa, promosi dalam dan luar negara dan sebagainya.

 

Dari segi pembangunan sumber manusia, TNCAA bertanggungjawab Bersama-sama dengan Pendaftar dalam pengambilan, pembangunan dan pemantauan pencapaian pegawai akademik UPM.



Updated:: 11/07/2024 [ahmaddaniel]

MEDIA SHARING

S.2025/3/12:22:48:02~noCache