APA ITU APEL.C? 1
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL.C] adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.
FUNGSI APEL.C: 1
APEL.C membenarkan pindah kredit maksimum sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan kredit bergraduat sesuatu program. Peratusan ini ialah tambahan kepada peruntukan dasar pindah kredit sedia ada.
Updated:: 23/12/2024 [m_bazli]
1st FLOOR
CANSELORI PUTRA BUILDING
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA