Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» ARTIKEL » Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA

Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA

Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa penjawat awam wajib memakai pakaian Batik setiap hari Khamis.

Ini tentulah satu usaha baik untuk mempromosikan seni batik negara kita dan pada masa yang sama membawa industri ini ke satu tahap lebih tinggi apabila pakaian batik diperagakan oleh orang ramai.

Langkah kerajaan untuk turut menggalakkan penjawat awam setiap hari akan memastikan kesinambungan teknik tradisional, menyediakan platform untuk artis tempatan mempamerkan kemahiran mereka, dan mewujudkan peluang ekonomi dalam industri.

Sejajar dengan konsep Malaysia, kerajaan Malaysia turut mengiktiraf batik Malaysia sebagai pakaian kebangsaan untuk setiap peringkat penduduk umum.

Definisi & Latarbelakang

Batik_Malaysia merupakan seni kraf hasil tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif berindentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan yang menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak.

Seni tekstil ini lebih popular di bahagian pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terenggan dan Pahang.

Batik negara kita menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif makhluk hidup seperti manusia dan haiwan selaras dengan larangan dalam Islam menggunakan imej haiwan sebagai hiasan.

Namun begitu tema rama-rama masih banyak digunakan.

Jenis-jenis Batik

Batik Malaysia terdiri daripada:

  • Batik Lukis
  • Batik Terap
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Alternatif

Ciri Batik Canting

  1. Kejelasan warna dan corak sama di bahagian hadapan dan belakang
  2. Susunan cantuman corak batik canting biasanya tidak tepat sepenuhnya
  3. Terdapat kesan serapan warna pada terapan corak yang dihasilkan melalui proses melilin
  4. Peletak reka corak motif canting yang tidak konsisten
  5. Warna dan corak yang penuh sehingga tepi kain

Perbezaan Batik Malaysia & Indonesia

Walaupun dipanggil “batik”, terdapat perbezaan yang ketara antara batik Malaysia dan bati Indonesia.

Cara penghasilan batik darui negara kita agak berbeza iaitu coraknya lebih besar dan lebih ringkas.

Selain itu, canting juga jarang atau tidak digunakan dalam mencipta corak-corak yang rumit.

Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga lebih cerah berbanding batik Jawa.

SOALAN LAZIM BERKAITAN BATIK MALAYSIA

SOALAN LAZIM PEMAKAIAN BATIK_MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN.

Dikongsikan di sini himpunan soalan lazim berhubung Surat edaran JPA.100-11/4/1 (13): Pemakaian Batik_Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk rujukan bersama.

https://www.jpa.gov.my/…/3131-pemakaian-pakaian-batik…

Maklumat lanjut batik Malaysia adalah seperti pautan berikut:

https://www.kraftangan.gov.my/index.php?com_content&id=296

 

Tarikh Input: 19/10/2023 | Kemaskini: 19/10/2023 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEcPAt~