Program Sesi Perkongsian Ilmu Read@UNI : Let’s Read
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Read@UNI : Let’s Read bermula sejak tahun 2019 di mana setiap dua (2) minggu, peserta yang telah dipilih untuk membuat pembentangan akan berkongsi mengenai bahan bacaan yang dibaca kepada semua staf Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik. Sehingga bulan September 2022, sesi perkongsian ini telah diadakan sebanyak 43 kali. Objektif sesi perkongsian ini diadakan antara lain adalah seperti berikut:
Sehubungan itu, Let’s Read Corner juga telah dibangunkan di Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik untuk memberi kemudahan sudut bacaan kepada staf dan pelanggan yang datang agar masa menunggu dapat diisi dengan aktiviti membaca. Selain itu, Let’s Read Corner juga dibangunkan sebagai ruang kepada peserta Sesi Perkongsian Ilmu Read@UNI : Let’s Read untuk membuat pembentangan kepada staf Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik.
Bagi tahun 2022/2023, seramai lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Program Read@Uni Let's Read Corner Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah dilantik seperti berikut:
Bil. |
Nama |
Jawatan
|
1. |
Tuan Haji Nasrudin bin Yahya |
Penasihat |
2. |
Puan Nabihah binti Abdol Razak |
Penyelaras |
3. |
Encik Mohd Farizad bin Masngut |
Urus setia |
4. |
Puan Noor Ilyana binti Palahuddin |
Urus setia |
5. |
Puan Noraziana binti Delani |
Urus setia |
6. |
Puan Nurul Aida binti Reward |
Urus setia |
7. |
Cik Hanisah binti Kamarudin |
Urus setia |
8. |
Encik Muhammad Firdaus Azizi binti Abdul Aziz |
Urus setia |
Hasil perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa yang terlibat, Let’s Read Corner telah ditambah baik agar lebih ceria dan cantik. Tema dekorasi yang dipilih adalah iqra’ yang disebut dalam surah Al-‘Alaq bermaksud ‘bacalah’, bersesuaian dengan ruang membaca yang dibangunkan untuk memupuk minat membaca dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Artikel ini disediakan oleh : Puan Nabihah Abd Razak
Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 05/02/2025 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA