Wakaf Interactive Resource Arena (WIRA) merupakan sebuah “Smart classroom” yang terletak di Tingkat 2, Blok A, Dewan Kompleks Akademik Pusat (DKAP), Zon C (Berhadapan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat).
Bilik ini telah dinaik taraf daripada bilik kuliah ke “smart classroom” dengan kos berjumlah RM150,000 sumbangan Dana Wakaf Ilmu oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), UPM.
Kerja-kerja menaik taraf mula dilaksanakan pada bulan September 2024 dan siap sepenuhnya berserta peralatan dan perabut bagi keperluan pembelajaran moden dan terkini pada bulan Januari 2025. WIRA telah dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia pada 3 Februari 2025.
Pembangunan Wakaf Interactive Resource Arena (WIRA) Projek WIRA ini merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Projek menaik taraf Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP), UPM kepada Arena Akademik dan Konvensyen Putra (PACA) secara berfasa. Ianya merupakan satu inisiatif untuk menaik taraf fasiliti akademik dengan bertujuan untuk menyediakan prasarana yang lebih baik ke arah pengalaman pembelajaran dan kehidupan terbaik di UPM, sebagaimana yang dihasratkan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dalam Teras 4, semasa perutusan 100 hari dan Amanat 2024 beliau pada 24 Januari 2024.
Bilik WIRA merupakan sebuah kelas pintar yang moden dan berintegrasikan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran alaf 21. Bilik ini dilengkapi dengan “smart panel” yang boleh menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran yang moden dan terkini. Bilik ini juga mempunyai “flexible training seat” yang menyokong kepada keperluan kelas yang lebih fleksibel dan “student-cantered”.
Tarikh Input: 05/02/2025 | Kemaskini: 05/02/2025 | ahmaddaniel
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA