HARI KELUARGA AKADEMIK 2022 & MAJLIS PELANCARAN EKSA | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » HARI KELUARGA AKADEMIK 2022 & MAJLIS PELANCARAN EKSA

HARI KELUARGA AKADEMIK 2022 & MAJLIS PELANCARAN EKSA

 

 

Oleh Firdaus Azizi

Melaka – Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM telah menganjurkan program Hari Keluarga Akademik 2022 & Majlis Pelancaran EKSA. Program ini telah berlangsung selama dua hari 6 hingga 7 Julai 2022 dan bertempat di Qashrina Chalet, Tanjung Kling, Melaka. Objektif program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim dan semangat kekitaan antara staf dan ahli keluarga staf Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail. Menurut beliau program ini amat baik dijalankan dan diteruskan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan justeru dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan staf. Pelbagai pengisian program yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Antara pengisian program ialah sukaneka, explorace (treasure hunt), dan makan malam. Program ini disambut meriah oleh semua kakitangan dan beraneka ragaman telah dirakamkan. Program ini juga diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Dalam masa yang sama beliau turut merasmikan gimik Majlis Pelancaran EKSA untuk Bahagian Kemasukan Dan Urus Tadbir Akademik bersempena Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan 2022. Objektif pelancaran adalah bertujuan EKSA ialah sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. EKSA ialah singkatan dari perkataan asalnya iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

 

 

Menurut beliau EKSA amat penting dalam melahirkan sebuah institusi atau organisasi yang berdaya saing dan meningkatkan prestasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam justeru dapat memantapkan penjenamaan sesebuah institusi. “EKSA amat penting bagi sesebuah institusi dan organisasi kerana dia akan memberikan impak yang besar kepada  persekitaran pekerja  dan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.”

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEYTAf~