HARI TERBUKA PRASISWAZAH SECARA MAYA 2022 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » HARI TERBUKA PRASISWAZAH SECARA MAYA 2022

HARI TERBUKA PRASISWAZAH SECARA MAYA 2022

 

Oleh Firdaus Azizi

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir UPM telah menganjurkan program UNDERGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2022’. Program ini telah berlangsung pada 16 & 17 Julai 2022 secara maya. Program ini telah disertai oleh 15 wakil Fakulti dan 1 Sekolah. Program ini juga disertai oleh wakil Pusat Asasi Sains Pertanian dan Pusat Antarabangsa Putra (I-Putra). Program ini juga mendapat sambutan yang meriah kerana telah mendapat penyertaan daripada umum seramai hampir 100 orang. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa, Dato’ Rosdi Wah.

Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai program yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia untuk pengajian pra siswazah. Selain itu, program ini untuk memperkenalkan Universiti Putra Malaysia lebih mendalam kepada umum dengan berkongsi maklumat berkaitan fasiliti, pengurusan pas visa, penginapan dan syarat-syarat kemasukan ke Unversiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEUBAt~