![]() |
![]() |
![]() |
KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA PROGRAM MATRIKULASI DI KELANTAN MERIAH
Oleh Firdaus Azizi
Kok Lanas - Karnival Pendidikan Kerjaya Program Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bermula di Kelantan pada 29 dan 30 September 2022. Karnival yang berlangsung di Bangunan Ibn Firnas, Kok Lanas, Kelantan telah menarik lebih 1600 pengunjung. Seksyen Promosi Akademik dan Fakulti Kejuruteraan turut serta untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan program yang ditawarkan di UPM.
Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan memberi pendedahan berkaitan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran Awam khususnya bagi pelajar Matrikulasi bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke IPT.
Berbagai aktiviti telah diadakan oleh Kolej Matrikulasi Kelantan, selaku tuan rumah bagi menarik ramai pengunjung memperolehi maklumat yang tepat berkaitan kemasukan ke IPT awam dan swasta. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norhaslinda Tahir, Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan.
Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA