MENDEKATI MASYARAKAT LUAR BANDAR MELALUI PROGRAM OUTREACH | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » MENDEKATI MASYARAKAT LUAR BANDAR MELALUI PROGRAM OUTREACH

MENDEKATI MASYARAKAT LUAR BANDAR MELALUI PROGRAM OUTREACH

MENDEKATI MASYARAKAT LUAR BANDAR MELALUI PROGRAM OUTREACH

 

Oleh Nasrudin Yahya

 

Seksyen Promosi Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir UPM telah terlibat secara aktif dalam Program Outreach anjuran Bahagian Kemasukan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama beberapa universiti awam.

 

Objektif program berkenaan adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran Awam kepada masyarakat luar bandar khususnya para pelajar, guru dan ibu bapa dikawasan setempat.

 

Dalam tempoh setengah tahun 2022, Bahagian Kemasukan UPM telah menyertai tiga (3) Program Outreach iaitu:-

 

Bil

Tarikh

Tempat

Penganjur

1

4 - 5 Januari 2022

Dewan Datuk Lope’ Hashim, Bagan Datuk, Perak

KPT dan UPSI

2

11- 12 Mac 2022

Dewan Lamin Adet Bangen Kimet Uma Baha, Sungai Asap dan Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Belaga, Sarawak

KPT dan UPM Kampus Bintulu

3

26 – 27 Mac 2022

Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling 

KPT dan UUM

Tarikh Input: 13/06/2022 | Kemaskini: 13/06/2022 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEbCAN~