Bahagian Kemasukan Antarabangsa Prasiswazah telah memulakan sesi Pra-Pendaftaran bagi pelajar antarabangsa baharu yang telah berjaya ditawarkan ke program Bacelor bagi kemasukan sesi Semester Pertama 2022/2023.
Tempoh Pra-Pendaftaran ini telah bermula pada 1 September 2022 sehingga 28 Oktober 2022. Pelaksananaan proses Pra-Pendaftaran telah dijalankan secara atas talian dimana semua pelajar perlu melayari http://putraenroll.upm.edu.my/index.php dan pelajar dikehendaki melengkapkankan butiran maklumat yang diperlukan.
Bagi pelajar yang gagal dalam membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan surat tawaran tersebut terbatal dan tidak sah untuk digunakan untuk kemasukan semester seterusnya.
Tarikh Input: 14/09/2022 | Kemaskini: 14/09/2022 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA