”Open Day 2017- Roadshow & Networking” Bandung, Indonesia | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » ”Open Day 2017- Roadshow & Networking” Bandung, Indonesia

”Open Day 2017- Roadshow & Networking” Bandung, Indonesia

Oleh Suhana Md Chairi

Bandung, Indonesia -  Program ”Open Day 2017” Bandung, Indonesia telah diadakan pada 21 dan 22 April di Kota Bandung, Indonesia. Program ini diadakan adalah sebagai satu inisiatif dalam strategi program promosi pada tahun 2017 bagi tujuan meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa. Program ini adalah program yang dianjurkan bersama antara Bahagian Kemasukan, Sekolah Pengajian Siswazah dan Agen Pengrekruitan Pelajar Antarabangsa di Indonesia iaitu NP Educatioan (PT Nizwa Pratama, Jakarta). Program yang telah diadakan adalah bertujuan mempromosikan UPM dan program pengajian (prasiswazah dan pengajian Siswazah) yang ditawarkan oleh UPM kepada pelajar dan ibu bapa di sekitar Jakarta Barat dan Bandung.

Program selama 2 hari ini melibatkan aktiviti lawatan sekolah dan universiti pada hari pertama, manakala pada hari kedua diadakan seminar, pameran dan konsultansi termasuk temuduga yang telah diadakan di Ballroom Hotel, Grand Preanger, Bandung. Program ini telah dihadiri oleh 23 orang pegawai UPM dari 10 Pusat Tanggungjawab.

Hasil daripada 2 hari program tersebut, seramai 27 orang calon pelajar Bacelor telah memohon dan surat tawaran bersyarat (Bahasa Inggeris dan Keputusan Ujian Nasional) telah dikeluarkan. Manakala bagi calon program Pasca siswazah, seramai 7 orang calon telah membuat permohonan secara dalam talian.

Di samping itu, liputan media juga telah diadakan sepanjang program. Berita berkenaan UPM Open Day 2017 telah disiarkan di dalam 3 surat khabar utama Bandung iaitu Pojok Bandung, Sinar Pagi dan BeritaGlobal.

 

Tarikh Input: 04/05/2017 | Kemaskini: 15/05/2017 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1571876907