Pendaftaran Pelajar Baharu Bacelor | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » Pendaftaran pelajar baharu Bacelor

Pendaftaran pelajar baharu Bacelor

 

 

Pendaftaran Pelajar Baharu (Bacelor)

 

Proses pengambilan pelajar lepasan STPM/Setaraf bagi program Bacelor di UPM telah selesai dilaksanakan di mana mesyuarat pengambilan bersama (MPB) UPU bersama UA telah diadakan pada 28 Julai 2017 sehingga 2 Ogos 2017 manakala Mesyuarat Pemilihan Bersama (MPB Rayuan) telah diadakan pada 7 hingga 10 September 2017.

 

Pendaftaran pelajar baharu Bacelor telah diadakan pada 6 September 2017 manakala pendaftaran rayuan diadakan pada 18 September 2017. Pendaftaran pelajar ini berlaku serentak di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu Sarawak. Secara keseluruhan, seramai 3327 pelajar Bacelor telah mendaftarkan diri bagi sesi kemasukan 2017/2018 termasuk 46 orang yang mendaftar di Kampus Bintulu Sarawak.

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1568936041