PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 | BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023

Serdang: Peperiksaan Akhir bagi Semester Pertama Sesi 2022/2023 telah bermula pada 30 Januari 2023 hingga 9 Februari 2023 di Kampus Serdang, Selangor dan Kampus Bintulu Sarawak. 

Peperiksaan Akhir ini dijalankan mengikut Jadual Peperiksaan yang telah disahkan pada minggu ke-11 dan jadual peperiksaan ini boleh dirujuk di SMP.  Peperiksaan Akhir ini secara umumnya dijalankan pada 4 waktu secara keseluruhan iaitu pada jam 8.30 hingga ke 10.30 pagi kemudian pada 11.30 pagi hingga ke 1.30 tengahari dan pada jam 2.30 hingga 4.30 petang terakhir ialah pada 8.30 hingga 10.30 malam.   Peperiksaan ini diadakan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.  Selain itu, terdapat kursus yang diadakan secara atas talian bagi pelajar antarabangsa yang tidak dapat kembali ke kampus pada semester ini. 

Peperiksaan ini dijaga oleh ketua pengawas, pengawas dan pembantu pengawas bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar.  Perkhidmatan bas juga disediakan bagi memudahkan pelajar hadir ke dewan peperiksaan tepat pada waktunya. 

Semoga maju jaya di dalam peperiksaan!

Disediakan oleh : Iftiqar Bee Binti Abdul Gani

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
SXEUBAC~