PROGRAM LATIHAN PENGGUNAAN PERALATAN PENYELENGGARAAN | BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
» BERITA » PROGRAM LATIHAN PENGGUNAAN PERALATAN PENYELENGGARAAN

PROGRAM LATIHAN PENGGUNAAN PERALATAN PENYELENGGARAAN

SERDANG, Jumaat, 23 Ogos. – Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik telah mengadakan siri Program Latihan Penggunaan Peralatan Penyelenggaraan di 2 Zon Dewan Kuliah bermula pada 16 Ogos 2019 di Kompleks Akademik E (KAE) dan di Dewan Kuliah B (Kabin) pada 23 Ogos 2019. Aktiviti ini akan diteruskan dengan diikuti oleh Dewan Kuliah Zon A pada 30 Ogos 2019 dan akhir sekali di Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP) pada 6 September 2019.

 

Aktiviti Latihan Penyelenggaraan Peralatan yang bertujuan adalah untuk memberi pengetahuan tentang penggunaan peralatan dan bagaimana untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawal selia peralatan bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan. Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik mempunyai lima zon dewan kuliah dengan sejumlah 84 bilik dan dewan kuliah yang diuruskan.

 

Aktiviti Latihan Penyelenggaraan Peralatan ini juga disusuli dengan aktiviti gotong royong yang dilaksanakan hampir setiap tahun dan melalui aktiviti-aktiviti seperti ini telah dapat memberi manfaat kepada staf dan aset yang ada. Ianya merupakan salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan dewan kuliah melalui aktiviti bergotong-royong untuk membersih kawasan dewan kuliah dan sekitarnya. Hikmah daripada diadakan aktiviti ini adalah sebagai usaha untuk memupuk sifat 'kekitaan' dalam menjaga kebersihan dan keselesaan di dewan kuliah disamping memperoleh ilmu dan mengedalikan peralatan penyelenggaraan. Ianya juga boleh menjimatkan perbelanjaan sekali gus meningkatkan lagi produktiviti.

 

Hadir bersama menyertai aktiviti ini adalah hampir semua staf dan pegawai yang bertugas. Kerja-kerja pembersihan meliputi pemotongan rumput dan pokok pagar, pembuangan sampah, pembersihan longkang dan padang dan kawasan sekitarnya.

 

Melalui aktiviti seperti ini, diharap dapat membina silaturahim di antara warga Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik dan seterusnya mengekalkan kecemerlangan. Seperti mana penekanan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM yang akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan warga UPM betul-betul memahami falsafah ihsan dan menghayatinya dalam kehidupan dan tugas harian.

 

 

 

 

Tarikh Input: 29/08/2019 | Kemaskini: 03/09/2019 | m_bazli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696060
0389426469
C1573650195