Oleh Firdaus Azizi
Serdang – Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan dari Thursina IIBS (International Islamic Boarding School), Indonesia. Objektif lawatan bertujuan untuk mendapatkan infromasi lanjut berkaitan Universiti Putra Malaysia dan ingin membuat kolaborasi antara pihak Thursina IIBS dan Universiti Putra Malaysia. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Universiti Putra Malaysia lebih mendalam kepada wakil pihak Thursina IIBS dengan berkongsi maklumat berkaitan fasiliti, pengurusan pas visa, penginapan dan syarat-syarat kemasukan ke Unversiti Putra Malaysia. Lawatan ini berlangsung pada 22 Julai 2022, bertempat di Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik.
Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA